BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 9, 2009

HAPPY BESDAY GENG..

Kek yang ditempah khas untuk dua orang tp makan reramai.

Fadzil(kiri) dan Raja(kanan) yang menyambut ulangtahun ke ?

Pasangan yang secocok sedang memotong kek mereka.

Instructor kami Cik Mahida Bt Kosnan

Encik Latif selaku pembaca doa kami (seksi kau tukang baca doa).

Brake kejap untuk jamuan (perut kebulur lama berendam)

Santai ke dua orang makcik tu.

Hari ini merupakan kelas renang di Mercure Palm Resort. Maka dalam kesungguhan kami menjadi perenang handalan jadi telah diselitkan jamuan kecil untuk menyambut Ketua Opsyen kami Raja Nahar dan Fadzil.
Jadi memang kena la waktunya sewaktu kami menahan perut yang cuma makan dari pukul 10.00 tadi dan terus disambung kelas renang (tengah hari tau pegi kul 1.30). Memang waktu perut lapar tambah lagi panas tapi sebab nak berenang punye pasal maka kami pun hadapi cabaran ini.Syok tau main air sambil belajar sambil belajar berenang.
Jadi kepada 'besday boy' yang dah meningkat dewasa ni diharap panjang umur murah rezeki sehingga ke akhir hayat. (bila nak open table plak?)

Thursday, December 3, 2009

GUD LUCK


Kepada semua pelajar PGSR-PJ diharap anda berjaya dalam menempuh peperiksaan pada hari:

Jumaat:
8.00 pagi Numerical Literacy
2.30 petang Literasi Bahasa

Isnin:
8.30 pagi Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

Selasa:
8.30 pagi Pergerakan Asas
2.30 petang Hubungan Etnik

So diharap anda dapat menghadapi dengan tenang dan tabah.

Wednesday, December 2, 2009

JAWATANKUASA PGSR-PJ KOHOT 1.

PENGURUSAN KELAS PGSR-PJ KOHOT 1
KETUA OPSYEN
RAJA NAHAR SHIHIM BIN RAJA ISMAIL

PENOLONG KETUA OPSYEN1
AZIZAN BIN KAMARUDIN


PENOLONG KETUA OPSYEN 2
AZLINA BT ABD AZIZ

SETIAUSAHA
ZUWITA SOLOMA BT MD KADAR

BENDAHARI
NOR AZAN B. HAMIN


KORDINATOR SUBJEK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

SULAIMAN BIN BAHAROM

HUSIN BIN DENAN


KORDINATOR SUBJEK ANATOMI & FISIOLOGI

MOHD NASIR B. MAT YASAH


ZAMZURI B. HJ SUMIRAN

MOHD PAUZI MOHD SHARIFF

KORDINATOR SUBJEK ENGLISH PROFIENCY2

LAM WAN LOONG

IRENE HONG SIOK TEE

KORDINATOR SUBJEK RENANG

MOHAMMAD FADZIL B. KASMADI

MOHD ARFAH B. HASHIMNOOR INTAN BT OTHMAN @ ABDUL HALIP

KORDINATOR SUBJEK PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI
AZNI B. ISMAIL

KHAIRUDDIN B. HJ YA'ACOB

KORDINATOR SUBJEK PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MOTOR
ROSLI B. ISMAIL

ROZAMLISH B. YAACOB


PHOTOSTAT

ROSMAN B. SIDEK

NORHISHAM B. SHADAT

ARIFIN B. MOHAMED ALI

KEBAJIKAN

MOHD DAUD BIN HUSIN (KIRI)
ABD LATIF B. SALIM (KANAN)

DOKUMENTASI DAN BLOG

FIRDAUS B. MOHAMED MOHD
mambang7385@gmail.com
fb= mambang parit raja.



PENGURUSAN KELAS.

Mendengar penerangan dari pengerusi majlis dengan khusyuk(mr Lam korek idung yer).


Pengerusi majlis memberikan penerangan dan pendapat ikut suka dia.

Inilah pengerusi majlis yang melantik dirinya bagi melancarkan majlis pengurusan kelas.

Hari ini ketua opsyen kami telah menyuarakan pendapatnya sendiri mengenai pengurusan kelas kami. Maka kami sebulat suara telah memenuhi kehendak ketua opsyen kami. Iye la, jika tidak disuarakan hal ni, maka kami pun tak tahu megenai hal yang dirasai oleh KO kami. Oleh itu bermacam pendapat dan tugasan yang telah disuarakan oleh semua di dalam kelas setelah mentor kami Tuan Hj Norhizan Zainol telah memberi kami 'green light' dan tunjuk ajar yang lebih efisyen lagi. Maka harapan kami semua "there is no sleep partner in our class, even in workgroup or responsible which their been award by us or himself also by the lecturer"....

Saturday, November 28, 2009

PICTURE OF THE YEAR



SALAM AIDILADHA

Salam kepada semua warga PJ, sebelum terlambat saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha. Walaupun kita terpaksa berhempas-pulas di padang untuk latihan periodisasi sedangkan keluarga dikampung menunggu kita semua untuk menyambut raya bersama. Namun itulah yang dikatakan KORBAN. Habis sahaja kelas kami semua bergegas untuk balik ke kampung untuk mencari hidangan untuk besok. Towkey lembu & kambing juga tidak ketinggalan menerima panggilan "wei lembu orang dah anto blom wei?". Al-maklum la kerjaya dan pelajaran.
Di dalam kesesakan di lebuhraya sebelum melepasi tol Skudai dan selepas tol dimana kesesakan hingga ke Machap, saya sempat membuat panggilan ke Cikgu Rosman. Namun Cikgu Rosman menerima nasib yang sama yang terlibat dalam kesesakan di Ulu Tiram. Untuk mengubat hati yang luka Cikgu Rosman, saya dendangkan takbir Raya kepadanya (untuk mengubat rindu).
Namun saya pasti kelas kita semuanya telah melakukan ibadah KORBAN dengan megikuti kelas di saat akhir sebelum raya. Dan akhir kata 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' kepada semua warga PGSR-PJ.

Tuesday, November 24, 2009

7 dan 8 TARIKH KERAMAT.


Minggu ni baru dapat jadual dan bila dibelek mengatakan jadual periksa pada 7 dan 8 hb adalah tarikh peperiksaan kami. Harap kepada kawan-kawan semua di doakan anda semua excelent dan dapat mengekalkan pointer anda. Ok beb gud luck , ops lagi satu kalo sempat dan line wifi ok saya masukkan gambar kita yang terbaru.
Dan lagi satu untuk pensyarah kelas Bahasa Inggeris kite ialah Cik Jayaradha.KO bagi tau kelas BI hari khamis 3/12 dibatalkan dan diganti pada 8/12 jam 5.30-7.30 mlm. Harap Maklum.

Sunday, November 22, 2009

BERMULANYA KELAS.

Encik Zairi sedang memberikan syarahan dan penerangan mengenai assignment.

Sebelum kelas bermula.

Salam kepada warga PGSR PJ. Pagi lagi dah aku ngan Cikgu Daud dah meninggalkan Parit Raja bagi menyahut cabaran nak pergi belajar. Semangat kena ada beb. So sampai MPTI kami telah diberikan taklimat oleh Encik Nazaria yang memberi maklumat mengenai pengecualian kredit mengikut opsyen masing-masing. Maka setelah habis taklimat kami semua telah beransur ke blok PJ untuk kelas Encik Zairi yang mana Encik Zairi telah memberi kami maklumat untuk tugasan Olahraga yang perlu kami bentangkan nanti. Jadi setiap kumpulan telah ada ahli-ahlinya. Jadi nak tak nak kena siapkan juga sebab 7 & 8 Disember dah exam. Ok guys jom siapkan keja.

Wednesday, November 18, 2009

ASSIGNMENT FROM MADAM YEOH


Please tell all your coursemates to include at least 3 references/sources of info in brouchare. Thank you-maksudnya yang madam Teoh bagi tu dia mintak 3 rujukan atau sumber mengenai maklumat dalam broucher tu. Hantar xsingment ni saya tak tahu bila. Rujukan tentang tarikh penghantaran sila rujuk Encik Raja. Kalau ada pun nanti saya masukkan dalam blog ni yer.

Wednesday, November 11, 2009

JADUAL KELAS

Kepada semua kawan-kawan saya masih belum dapat lagi jadual untuk kelas kita dalam bulan 12 ni. Saya dah call Azlina dan dia masih menunggu jadual dari pensyarah kita maka anda semua dikehendaki bersabar iye. Nanti kalau dah ada saya publish la dalam ni. Anywhere selamat bercuti didalam maktab yer kite ni.

Sunday, November 8, 2009

KELAS NAK MULA DAH...

sory about a week tak menulis di dalam blog in, al maklum la kena pergi Bandar Penawar.Tinggal lagi 2 minggu jer kelas kite nak start dah. So sekarang ni kite dah mula mengira untuk masuk ke kelas. Jadi kelas kite dengarnya 1 minggu masuk kelas pastu pas raya haji sambung plak exam. mmm... korang semua dah baca buku ker. Apa-apa hal kite study la sesama yer kat sana. Berkampung semula kita di maktab.

Thursday, October 22, 2009

ADE KER TAK?

"ade ke xsignment hubungan etnik" zam tpon aku. Pada aku la tugasan tersebut masih tak diketahui lagi. Jadi kepada kengkawan ade ker tak yer xsignment kite ni. Tak tau la ade ker tak. KO ade ker tak yer xsignment kite??????

Wednesday, October 21, 2009

2.4km ????

arghh letih la,makan pun tak lalu.
ini lah padang dan trek kami waktu cuti.
CONTOH TREK LARIAN

Berdasarkan maklumat yang telah diberikan sebelum kami cuti, kami semua akan menjalani ujian kecergasan. Al maklum la masuk kelas PJ kena la fit kan (yang cakap pun semput jugak) . Jadi sepanjang cuti ni macam-macam la yang perlu disiapkan selain xsignment dan juga la apa yang perlu dipersiapkan. So kepada kengkawan semua betul ker kite nak kena berlari ni. Kepada Cikgu Nasir ini la masanya iyer. Kepada Cikgu Raja jaga kesihatan iyer dan kepada semua harap anda sihat dan cergas diwaktu kita di maktab.

Tuesday, October 20, 2009

INILAH KAMI


Disini aku memperkenalkan classmate aku untuk tatapan peribadi kepada pengunjung dan juga kepada classmate aku. Iye la hanya gambar yang dapat menjadi kenangan peribadi kami untuk tatapan kami iyer la suka+duka semuanya kami telan sama-sama tapi cawan lain-lain la. So harap-harapnya lepas 2012 ini kita semua masih macam ni lagi. Seronok belajar bersama ni iye la masing-masing ada kepakaran masing-masing. Tak lama lagi kami semua akan bersama lagi untuk mengadap peperiksaan pulak. Ish mcm tak caya jer nak exam lagi. So start countdown la geng untuk kita united balik dalam maktab.

Monday, October 19, 2009

This is Our geng





Buat julung kalinya aku buatkan untuk clasmate aku untuk memudahkan kami bertemu dan menjadikan kami sentiasa dekat bersama. Memandangkan abang-abang dan kakak-kakak aku menghadapi kesulitan untuk berjumpa dan berbincang maka aku buatkan laman khas ini untuk mengabadikan kelas aku ini sebagai kelas pertama dan terulung dalam group PGSR-PJ ini.
Keseronokan dan keakraban menjadi kunci kami untuk terus teguh dalam saling membantu antara satu sama lain. Jadi aku harapkan laman ini akan menjadi peneraju dalam kita sebagai warga pendidik.