
Salam kepada semua warga PJ, sebelum terlambat saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha. Walaupun kita terpaksa berhempas-pulas di padang untuk latihan periodisasi sedangkan keluarga dikampung menunggu kita semua untuk menyambut raya bersama. Namun itulah yang dikatakan KORBAN. Habis sahaja kelas kami semua bergegas untuk balik ke kampung untuk mencari hidangan untuk besok. Towkey lembu & kambing juga tidak ketinggalan menerima panggilan "wei lembu orang dah anto blom wei?". Al-maklum la kerjaya dan pelajaran.
Di dalam kesesakan di lebuhraya sebelum melepasi tol Skudai dan selepas tol dimana kesesakan hingga ke Machap, saya sempat membuat panggilan ke Cikgu Rosman. Namun Cikgu Rosman menerima nasib yang sama yang terlibat dalam kesesakan di Ulu Tiram. Untuk mengubat hati yang luka Cikgu Rosman, saya dendangkan takbir Raya kepadanya (untuk mengubat rindu).
Namun saya pasti kelas kita semuanya telah melakukan ibadah KORBAN dengan megikuti kelas di saat akhir sebelum raya. Dan akhir kata 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' kepada semua warga PGSR-PJ.